Pages

02 September 2009

Coklat roselles berceri


Jenis cookies ini adalah jenis paip kerana adunannya lembik dan sesuai di paipkan menggunakan beg paip atau lebih dikenali dengan piping beg. terima kasih kepada chef rohimi dengan resepi ini. Anda perlu mencuba resepi ini ok.
Bahan-bahan
250gm mentega
150gm gula aising
50gm badam cincang/nibbed almond
50gm tepung jagung
250gm tepung halus
3 camca makan serbuk koko
sedikit ceri merah/cip coklat putih /cip coklat untuk hiasan

Cara-cara penyediaan
  1. Pukul mentega bersam gula aising hingga sebati.
  2. Masukkan badam cincang dan kacau sebati.
  3. Ayak tepung jagung, tepung halus dan serbuk koko, kemudian masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam beg paip/piping beg kemudian paipkan di atas dulang pembakar yang telah dilegserkan dengan mentega mengikut bentuk yang disukai.
  5. Bakar dengan suhu 180 degree celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak keperangan.

0 comments: