Pages

01 November 2010

Moktel Gelora

NAMA moktel ini saya beri nama Gelora! Bukan jiwa gelora  tetapi rasa dahaga sehingga bikin gelora hahaha. Gelora adalah perasaan yang tidak keruan jadi apa perasaan kita apabila kita berasa haus? pasti kita tidak akan berasa selesa apabila kita berasa dahaga maka air adalah jawapannya bukan? jadi air moktel ini pasti dapat menghilangkan dahaga kita maka  dengan itu saya  terfikir untuk menamakan air minuman campuran ini sebagai GELORA. Ia mudah dibuat jadi saya harap air ini akan semarakkan gelora dahaga anda, selamat mencuba!
Bahan-bahan

1 ½ cawan jus jambu
1 cawan air jus mannga
2 sudu makan cordial mandarin oren sunquick
1 biji nanas-kisar jadikan jus
½ cawan air
½  cawan air gula (masak bersama segenggam daun pudina)
2 sudu lemon jus
Ais  Secukupnya

Cara-cara penyediaan
  • Campurkan semua bahan-bahan kecuali ais.
  •  Letak ais sebaik hendak menghidangkan.

0 comments: