Pages

13 Disember 2010

Rendang minang


SUDAH satu kemestian apabila tiba hari raya rumah saya akan membuat rendang minang. Maklumlah orang Negeri Sembilan, rendang minang pasti ada kalau tak ada, tidak sah! rendang minang agak berbeza dengan rendang biasa kerana banyak menggunakan cili api untuk merendangnya. Bahan lain adalah sama seperti membuat rendang biasa. Lagi satu keunikan rendang yang saya kongsikan ini adalah bahan-bahannya selain daging ia menggunakan organ2 dalaman seperti hati, limpa dan paru. Tapi jika anda ingin mengunakan daging sahaja pun boleh sebenarnya. Lagi satu teknik  merendangnya pula tidak perlu menumis bahan-bahan kisar nya, tetapi semuanya dileburkan sekali kecuali santan dan kerisik. Ia dimasak dahulu sehingga daging menjadi kecut dan mesra dengan rempah-rempahnya. Kemudian barulah dimasukkan santan dan direndang sehingga kering. Kepedasan anda boleh kurang atau lebihkan mengikut selera anda. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
500gm daging/ campuran organ dalaman dan daging-di potong dadu bersaiz 1.5 cmx1.5cm
/2.0cmx2.0cm/mengikut besar yang disukai
1 1/2 biji santan pekat
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 genggam cili padi
5 tangkai cili kering
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
1 biji bawang besar-dihiris
2 batang serai-diketuk
1/4 kecil sudu jintan manis 1/4 sudu kecil jantan putih
1/2 sudu ketumbar
1/2 biji kerisik/2 paket kecil kerisik
garam secukup rasa

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
  2. Campurkan semua bahan kecuali garm, kerisik dan santan kecut.
  3. Kacau sehingga daging  dan sedikit kering.
  4. Kemudian masukkan santan. Kacau sehingga santan pekat.
  5. Masukkan kerisik dan garam. Kacau sehingga kering.
  6. Angkat sedia untuk hidangan.
Cara-cara penyediaan

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam chef..cp rendang minang chef..confirm sedap sbb resepi ori minang ni..

Tanpa Nama berkata...

Saya orang Kelantan, saya tengok stengah resepi masukkan daun kunyit dan daun limau purut, boleh Chef komen?

Unknown berkata...

Iko memang minang sabana eaa...
Kalo resepi letak daun kunyit @ limau tu dah lain. Yang tu campuran perak kottt..

Unknown berkata...

Iko memang minang sabana eaa...
Kalo resepi letak daun kunyit @ limau tu dah lain. Yang tu campuran perak kottt..

Tanpa Nama berkata...

Chef...today i masak rendang minang. Ikut ur recipe to get the right portion of each ingredient...hubby & anak2 ckp "Sodapp!" (kak aishah)

Tanpa Nama berkata...

Randang minang indak dilatak daun kunyit dan daun limau puruik sagalo.
Yang pantiang eh, cukuik sagalo bahan dan santan indak buliah kurang.

Unknown berkata...

Fuh nk msak rendang minang la raya ni..sy suka sgt...dh lma cri resipi..tq chef