Pages

20 Disember 2010

Topping krim masam

TOPPING ini sangat mudah disediakan. Anda hanya perlu beli krim masam yang ada dijual di pasaraya. Jika tiada anda boleh perahkan  2 sudu jus lemon pada 1 cawan krim putar (whipping cream).  Krim ini berasa sedikit masam dan ia sangat sesuai dimakan dengan kek keju atau kek mentega mengikut selera anda.

Bahan-bahan
1 cawan  (240 ml) krim masam
2 sudu makan (30 gm) gula icing
1/2 sudu teh vanilla

Cara penyediaan
  1.  Putarkan semua bahan sehingga sebati dan sedia untuk disapu diatas kek.

0 comments: