Pages

02 Januari 2011

Ayam Penyet AR

RESIPI makanan ini adalah ala-ala ayam penyet. Ayam penyet sebenarnya mengambil nama daripada ayam yang diketuk sehingga penyek selepas digoreng. Menunya mesti dilengkapi dengan hidangan tauhu dan tempe yang menjadi kemestian dalam makanan ini. Jika tidak ada, maknanya menu ini kurang lengkap. Tauhu dan tempe dilumur dengan perapan ayam dan disalut dengan tepung jagung sebelum digoreng.
     Sambal goreng ini merupakan sambal favorite orang Indon. Saya pernah makan sambal nih semasa pergi vacation ke Bandung dan Jakarta. Ternyata begitu enak ya ibuk2 dan bapak2!. Sambalnya berbeda sama sambal belacan orang di Malaysia (lerr.. yang aku duk speaking Indon pehal plak hehe) kerna sambal Indon ini digoreng. Bila digoreng aromanya lagi menyelinap ke celah hidung dan anak tekak! Dekat sini kalau sambal goreng yang power ini biasa terdapat di restoran ayam penyet.     Tip membuat sambal adalah sebaik-baiknya ditumbuk dengan lesung supaya teksturnya tidak terlalu hancur.
     Jika menggunakan blender teksturnya agak halus kerana telah hancur. Anda juga boleh menggunakan food processor. Jika menggunakan food processor, tekstur sambal yang dimesin agak kasar berbanding dengan menggunakan blender.  Ayam yang dalam gambar ini pulak adalah ayam berempah. Saya letakkan pelbagai jenis rempah ratus di dalamnya.  Untuk menyediakan makanan ini sangat senang. Yang paling saya suka maknaan ini ialah ia diamkan bersama dengan ulam. Memang elok untuk awet muda hehe. Tak payah nak buat facial lagi dah! makan jer ulam hari2 insyaAllah wajah mudaa... jer. Usia bukan lagi masalah! hehe dah cam iklan pulak kan? Oklah taknak intro panjang2 so kalau perut dah berkeroncong cubalah resipi ayam penyet AR! AR tuh Azli Razali tau! nak guna AP tak boleh sebab copyrite nanti kena saman so letak lah AR hehe (nak jugakkkk.. hambik!)

Bahan-bahan
Bahan A
1 ekor ayam
2 liter air
3 kiub ayam
sedikit garam
sedikit lada hitam
2 sudu bahan B

Bahan B
3 sudu makan jintan putih
2 sudu makan jintas manis
4 sudu makan ketumbar
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
1 biji bawng besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
1 insi lengkuas

Bahan C
2 cawan tepung jagung

Bahan sambal
2 biji tomato
5 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
9 ulas cili merah
1/2 genggam ikan bilis
5 biji buah keras
sedikit air asam jawa

Cara-cara penyediaan
  1. Rebus bahan A sehingga ayam 1/2 masak. Keluarkan ayam.  Air rebusan dijadikan sebagai sup. Campurkan hirisan daun sup dan bawang goreng dalam sup apabila ingin menghidangnya.
  2. Kemudian mesin semua bahan-bahan B dan perapkan dengan ayam sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaik-baiknya satu malam.
  3. Salutkan ayam dengan tepung jagung dan goreng sehingga ayam garing. Angkat dan ketuk ayam jika suka. Jika anda ingin goreng tauhu dan tempe, gunakan perapan ayam dan lumurkan pada tauhu dan tempe. Kemudian salut dengan tepung jagung dan goreng sehingga perang.
  4. Untuk sambal, goreng semua bahan kecuali belacan sehingga lembut dan layu. Angkat dan ketepikan.
  5. Kemudian, goreng belacan dengan hati2 supaya tidak hancur. Mesin/tumbuk belacan dengan bahan yang digoreng  dan campurkan dengan air asam.
  6. Hidangkan semuanya dengan nasi putih dan ulam.

0 comments: