Pages

29 Januari 2011

Yellow River Bun

Roti Yellow river nih warna dia kuning dan bentuknya umpama air yang mengalir di sungai membuatkan nama dia dipanggil yellow river. Pada siapa yang pernah buat tocang rambut memang senang nak buat roti nih pasal kalau nak buat bentuk roti nih anda perlu tocang roti nih seperti menocang rambut. Roti ini dikategorikan dalam kumpulan roti manis (sweet bun).
Memang lembut rasanya tau. Resipi asal menggunakan compressed yeast tapi saya menggantikan dengan yis instant(yis kering) sebab lebih senag nak carik. Oh ya sebenarnya resipi nih saya ajar pelajar untuk subjek Fundamental of Baking dalam kelas praktikal budak2 semester dua yang mengambil Diploma Kulinari Art. Oh yer nak bagi penghargaan terima kasih pada Encik Kamil penjaga Dapur ( kadang2 dia jadi penjaga kubur gak! hehe) pasal dia bermurah hati membenarkan saya menyalin resipi nih dalam kitchen.

Sebenarnya resipi roti nih terlekat kat dinding kitchen so dia pun duk perli kalau resipi yang saya salin nih untuk tulisan saya jangan lupa kredit nama dia pasal dia dah benarkan saya masuk kitchen walaupun dah lewat dan kitchen nak tutup dah katanya! amboi demand nampak? hehehe Terima kasihlah sekali lagi yer Kamil! ha dua kali dah sebut nama nih, kena bagi royalti lebih sikit nih. Ok kepada anda semua apa lagi jom kita buat Yellow River bun. MOH!

Bahan-bahan
450gm tepung roti/berprotein tinggi
125ml susu UHT
11gm/1 paket yis kering/instant
80gm gula kaster
2 biji telur
50gm mentega/marjerin
130gm kismis
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuat
  1. Uli semua bahan-bahan sehingga membentuk doh. sekiranya doh lembik,tambahkan tepung dan uli seperti biasa sehingga membentuk doh lemut.
  2. Uli dalam 15-20 minit.
  3. Mula-mula bahagikan kepada dua bahagian. Setiap satu bahagian bahagikan kepada 3 bahagian.
  4. Bentukkan memanjang  doh dan anda bolehlah mula mentocang roti anda.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 25-30 minit atau sehingga roti keperangan.
  6. Keluarkan dan sapukan dengan mentega atas roti supaya ia lembut dan berkilat keraknya.

7 comments:

Unknown berkata...

wah menarik roti ni..pernah juga buat roti tocang ni..:)

Mat Gebu berkata...

Salam chef..ok dah try roti ni dan sedap..terima kasih yea..Hasilnya ada di DTS - Mat Gebu...

shahliza81 berkata...

salam..adik kita pun study kt uitm dungun, ambik kulinari art..die pnah bg respi ni kt kita..mmg sedap..kita dh try..cuma buat bun sebijik2 la..tak buat toncang pun..

Ms Shilla berkata...

Saya da lama nak tanya..Kenapa kalau nak buat roti mesti nak kena guna tepung berprotein tinggi? kalau guna tepung gandum biasa tak boleh ke?

Azli Razali berkata...

sheilaok sebenarnya tepung berproteing tinggi mengandungibkandungan gluten yang tinggi. Gluten adalah protein dalam roti dan ia berbeza beza mengikut jenis tepung. Kandungan gluten yang tinggi dalam tepung roti ini dapat membantu roti untuk menghasilkan texturenya kenyal dan liat seperti roti yang anda makan. Jika anda menggunakan tepung gandum biasa kandungan protein dalamnya tidak mencukupi untuk menghasilkan kualiti teksure roti yang baik. Anda boleh membuat roti menggunakan tepung biasa tetapi pasti hasil roti yang dibakar tidak sebaik hasil roti yang menggunakan tepung roti terutamanya teksturenya.

Ms Shilla berkata...

Ok..faham..terima kasih utk maklumat tu ye!! ^_^

nOdaMe berkata...

Saya student kulinari kolej SEGi Seri Kembangan, semester 6. Tok sem ne, sy belajar subjek baking dan baru minggu lepas sy belajar sal Yello River Bun ne..mmg sedap, hehe..