Pages

12 Mac 2011

Kek Lobak Merah 2

Ini ada resipi kek lobak merah yang baru! nak cuba? Rasa not bad  jugak. lembab2 lembut. Yang penting yummy. Well, ini adalah resipi yang kedua kek lobak merah yang saya kongsikan dalam nih. Anda pilihlah mana satu resipi yang lekat di hati.  Bagi saya kedua kedua ada beza dari teksture dan rasa serta warnanya. Ada yang bertanya pada saya camana nak parut carrot nih. Baiklah tuan2 dan puan2, pakcik2, akak2 dan adik2 (Uish banyak bebenor hehe)! Senang je, gunakan pemarut yang agak sedikit kasar lubangnya, jangan gunakan pemarut yang halus lubangnya tuh. Kalau kat pasaraya tuh ada pemarut bentuk empat segi, lebih dikenali sebagai grater. Selalu orang buat parut keju. Yang halus tuh- kurang sesuai digunakan untuk buat kek lobak merah. Baiklah selamat mencuba!

Bahan-bahan
180gm mentega
170gm gula kaster
3 biji telur
200 gm tepung naik sendiri
50gm serbuk almond/badam
175gm parutan lobak merah
75 gm walnut-cincang
1 sudu makan susu cair/UHT

Frosting
Bahan-bahan 
3/4 cawan whipping cream
200gm cream cream cheese
6 sudu gula icing

Cara membuat kek
  1. Pukul mentega d an gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
  3. Masukkan lobak merah dan kacau.
  4. Kemudian masukkan kacang dan tepung kacau sebati.
  5. Masukkan dalam acuan 6 inci yang telah disapu dengan sedikit mentega dan bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah C selama 30-35 minit atau jika dicucuk dan pencucuk licin apabila dikeluarkan.
  6. Untuk   menyediakan frosting: Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati. Bolehlah disapu atas kek atau dipaipkan.

0 comments: