Pages

05 April 2011

Puding Roti di Utusan

Puding roti kali ini adalah puding roti yang saya kongsikan dalam Utusan minggu lepas. Resipi nih saya selalu gunakan dalam kelas mengajar pastry kepada student2 saya. Kalau mana yang dah terliuq nak makan puding roti sendiri tuh, ha apa lagi buatlah. Kalau nak sedap gunalah roti butterscotch atau roti manis yang lemak, memang sedap rasanya. Resipi ini juga adalah atas memenuhi permintaan dari pembaca ruangan Dari Dapur Azli Razali  di Utusan minggu lepas. Ada juga yang menanya kalau nak bakar jer puding nih tanpa menggunakan steam bake boleh tak?. Eh boleh sangat. Ad juga yang tanya boleh  tak puding nih guna microwave. Ok pasal microwave nih anda boleh gunakan kalau ada function membakar jer. Kalau takde jangan mandai2 pakai yer, sebab microwave biasa tuh nak panaskan makanan jer cik oi hehe, kang tak pasal2 kering puding roti awak tuh hehe.  Ok harap segala teka teki  teka tekuk pasal puding roti nih dah jelas. So dah jelas jom kita buat puding roti beramai ramai!



Bahan-bahan
7-8 keping roti putih
1-2 sudu mentega
½ cawan gula kaster
2 biji telur
1 ½ cawan susu UHT
½ cawan krim putar (whipping cream)-jika tiada gantikan dengan susu cair
½ sudu kecil esen vanilla
¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
½ cawan sultanas/kismis
¼ cawan kacang almond-cincang


Cara membuat puding:


  1. Sapukan mentega pada roti dan dadukan.
  2. Letakkan roti dalam acuan pembakar mengikut bentuk yang digemari.
  3. Campurkan telur, susu , krim, esen vanilla dan kulit kayu manis. Kacau sehingga sebati.
  4. Curah pada roti yang telah disusun dalam acuan.
  5. Taburkan sultanas dan kacang atas roti dan bakar roti atas dulang yang berisi air (steam bake) atau bakar tanpa steam bake dengan suhu kepanasan 180 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga roti keperangan.
Sos Vanilla
Bahan-bahan sos vanilla
125 ml susu UHT
125 ml krim putar (whipping cream)
¼ cawan gula kaster
2 biji kuning telur
1 sudu besar tepung jagung


Cara membuat sos vanilla:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga betul-betul sebati.
  2. Masakkan atas api yang sederhana sehingga sedikit likat. Pastikan sentiasa dikacau semasa memasak supaya tidak berketul. Sekiranya berketul anda boleh mesinkan dengan air dan tapis.

2 comments:

cikmar berkata...

salam.chef,kena letak esen vanila ke tak pyh...kt mana vanila nya ni.tq

Tanpa Nama berkata...

Saya dah cuba buat puding ni.. mmg sedap, lazat dan nikmat...u olss mesti cuba!!! TQ Chef..
(Zanna ~ Sban)