Pages

13 Disember 2011

Scones coklat chip dan kismis


Bahan-bahan
260 tepung gandum
50gm gula kaster
1 ¼ sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
115 gm mentega
90gm cip coklat
75gm kismis
100ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla


1.       Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, gula, dan mentega. Gaulkan sehingga menjadi serbuk roti.
2.       Campurkan kismis dan cip coklat . Gaul dengan rata.
3.       Campurkan esen vanilla dan susu kemudian gaulkan bersama adunan tepung tadi.
4.       Gaul sehingga membentuk doh. Jangan digaul keterlaluan.
5.       Leperkan setebal 3.5cm dan bentukkan dengan pemotong doh bersaiz diameter 6 cm.
6.       Bakar atas dulang pembakar yang telah disapu dengan marjerin. Kemudian aturkan atas dulang pembakar. Sebelum bakar sapukan atas dengan susu.
7.       Bakar dalam oven dengan kepanasan 180darjah Celsius selama 15-20 minit atau sehingga ia masak keperangan.

Cara membuat

1 comments:

» NAJA « berkata...

Perghhh saya mmg suka scone ni..mudah juga ye...mahu cuba lah...izinkan copy resepi anda ye...di makan bersama strawberry jem dan unsalted butter yummeh