Pages

24 Julai 2012

Sandwich Tuna Nestum

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!macamana puasa korang hari nih? ada bocor tak nih! heheh jangan tipu tak baikkkk... teman ada teropong halus leh skodeng! hehe Harapnya takde lah puasa kita yang bocor atau ada yang membocorkannya dengan sengaja! baiklah seperti yang dijanjikan saya akan berkongsi resipi kedua dari nestum iaitu saya namakan sandwich tuna nestum. Dari gambarnya ia adalah sandwich yang biasa tapi yang menariknya ia bukanlah sandwich yang biasa2 lah sangat sebenarnya sebab sandwich nih kita guna nestum u oll.  Apa lagi nak mempromosi khasiat nestum yang digunakan dalam makanan lah . Tak reti2?  Guna nestum mestilah bersebab. Kowang ingat teman suka2 nak masukkan nestum nih dalam sandwich nih ehhe. teman campurkan sebab nak bagi kelainan sikit kat roti kita tuh selain nak tambah khasiat  sandwich kita nih. Baiklah buat sandwich nih memang tak susah ok! campur jer semua bahan  terus jadi!. Sandwich nih ada rasa2 kari sikit sebab saya letakkan pes kari. Pada mereka yang taknak ada rasa2 kari boleh lah pilih untuk tidak meletakkannya. Filling tuna nih korang boleh gunakan pelbagai perisa yang ada kat pasaran . Kalau nak rasa pedas gunalah yang ada cili, dan sebagainya. Kalau taknak guna tuna,bolehlah gantikan dengan sardin atau ayam yang direbus. Tapi make sure ayam tuh direbus dan dicincang halus sebelum campur dengan mayonisBaiklah sandwich nih macam2 cara kita boleh buat. Antaranya anda boleh gulung  korangnya sandwich nih jugak dan salutkannya dengan nestum. Tapi sebelum tuh basahkan semua permukaan dengan telur sebelum anda golekkan atas nestum. So nestum tadi jadilah  ala2 macam breadcrumblah bila anda ngap dia. Anda boleh menggoreng atau membakarnya. Kalau nak sihat bakar ajalah. bila lagi nak jaga body kan? ehhe Letak jer dalam oven bakar dalam 8 minit atau sehingga keperangan! angkat dan terus ngap! hehe. Ngap bukan masa tghari tapi bila nak buka puasa atau nak bersahur ajer ok! maklum lah nih kan bulan puasa! excited sangat nak ngap nanti terlupa pulak terngap sebelum azan maghrib. ! taknak taknak taknak!!! ehhee. Melalui gambar nih saya buat cara biasa, just lapiskan sahaja dan salut dengan telur sebelum goreng dengan minyak yang sedikit sehingga perang. Roti yang saya gunakan adalah roti gandum penuh yang lebih berkhasiat ok! jadi apa lagi yang ditunggu. Buat lah hidangan sandwich tuna nestum nih. Yang penting khasiat dalamnya telah ditambah baik dengan menambah nestum.  Cuba jangan tak cuba!

23 Julai 2012

Bebola kentang Nestum

Cak!hehe. Apo kabar! Pada bulan nih saya telah berpeluang membuat beberapa menu untuk bersahur dan berbuka untuk majalah Saji dan produk nestum. Post kat blog saya kali ini, saya akan sharekan  menu menu yang dah saya ciptakan menggunakan nestum ok . Saya dah buat  6 resipi yang terhangat di pasaran (eceh! terperasanlah plak aku nih) menggunakan nestum.  Sebelum puasa lepas saya  berkesempatan menjalankan 3 roadshow nestum di 3 pasaraya Tesco di Puchong, Maluri dan Ampang.  Semasa Road show ini saya buat live show menunjukkan dua resipi terpilih dari 6 resipi yang telah saya cipta. Respon agak baik kerana mereka impress bin hairan sebab nestum boleh buat makanan yang panas katanya dan mereka dapat idea untuk buat juadah nih untuk keluarga. 
     Apa kata kita ketahui sedikit informasi kesihatan nestum ini ok. Nestum merupakan bijiran sarapan pagi yang bagus untuk dimakan waktu pagi. Ia dapat memberikan tenaga tambahan pada waktu pagi jadi kita takdelah rasa lesu jer pada waktu pagi terutama pada anak2  yang bersekolah. Jadi dengan ciptaan saya ini anak2 dan ahli keluarga lain takde lah boring kan? makan nestum dengan cara yg lama iaitu nestum campur susu dan buah segar. Jadi dengan ciptaan saya ini at least adalah kepelbagaian sikit dalam kita menghidangkan makanan yang berasaskan nestum. Taklah jemu sangat. Selain itu anda boleh beri kejutan pada teman atau sanak saudara jugak tau sebab diorang tak pernah makan makanan nih sebelum nih. Antara khasiat lain nestum ianya mengandungi, vitamin, A,C,D,E Kalsium, zat besi dan Protein. Ia dibuat dengan bijiran penuh seperti gandum penuh, barli dan beras yang dapat membantu penghadaman so kalau ke toilet tuh takde lah duk berejam rejam kan? jadi orang lain takdelah mengamuk tunggu korang lama sangat cari idea  kat toilet tuuu hehe.          
Baiklah takyah cerita panjang-panjang. Saya nak cerita pasal resipi kali ini iaitu bebola kentang. Ini adalah versi begedil kentang yang saya cilok tapi saya modified bagi sihat sikit.Itu yang saya bakar dia dari kita menggoreng dia. 

      Yelah selalunya maklum balas yang saya dapat bila diorang buat begedil, begedil akan hancur bila gorenglah dan sebagainya jadi bila bakar nih selamat lah sikit begedil korang sebab tak hancur. Selain sihat tak payah goreng, korang leh jimat duit sebab tak payah guna minyak hehehe Baiklah apa tunggu lagi cubalah resipi nih, bagi mereka yang takde oven takperlah anda boleh makannya begitu saja. sebab bila nak bakar tuh nak bagi lebih garing kat luar tuh dan bagi warna. Juadah nih sangat sesuai untuk buka puasa dan bersahur nanti ok. Kalau nak buat untuk rumah terbuka atau parti2 biasa pun boleh jugak! saya ucapkan selamat mecuba! Jangan ketinggalan memfollow post saya yang lain pasal saya akan kongsikan resipi yang lain  dari nestum ini pulak ok dan saya juga akan berkongsi gambar 2 sekitar demo tuh di  Tesco  semasa roadshow lepas!


Bebola Kentang NESTUM
Bahan-bahan A
200gm kentang-rebus sehingga empuk
1 ¾ cawan bijiran seisi keluarga NESTUM
200gm daging ayam atau lembu kisar
100gm sayur campuran
3 sudu teh MAGGI cukup rasa

Bahan B
½  cawan bijiran seisi keluarga NESTUM untuk salutan
2 sudu makan minyak untuk menggoreng

Cara membuat

  1. Gorengkan daging dengan minyak sehingga masak.
  2. Lenyekkan kentang sehingga halus dan campurkan semua bahan-bahan A.
  3. Bulatkan seperti bebola dan salutkan dengan bijiran seisi keluarga NESTUM dari bahan B.
  4. Bakar atas dulang pembakar dan bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit atau sehingga keperangan.
  5. Menghasilkan anggaran 14 biji bebola kentang.

21 Julai 2012

Korea in Love 2

An nyoung ha seh yo! cewahhh!! sejak2 dah pi Korea nih sakan aku menjual sayo! hahaha! korang nak sayo apa? sayo bayam? sayo kangkong or lobak merah?. Mesti korang pelik kan apa pasal lah saya nih duk menjual sayur jernihkan? ha bukan apa, pada siri Korea In Love siri ke2 kali ini saya akan ceritakan perjalanan hari kedua kami pula di Korea. Pada hari kedua nih nih misi kami adalah untuk pergi ke muzium Kimci. Hari kedua nih yang kami x leh pi banyak tempat sebab  jam 6 kami  perlu bertolak ke Jeju Island menaiki pesawat Air Busan dari Gimpo Airport pesawat tempatan mereka di sini.  Gimpo Airport adalah airport kedua mereka disini yang banyak domestic flight mendarat. Kira macam LCCT lah. Well sedikit info dengan Kimchi nih. Kenapa Kimchi?

ha sebab saya pernah menulis artikel pasal kimchi nih di  Ruangan Dari Dapur Azli Razali sebelum ini ok! So terexcited lah nak pi muzium Kimchi kat Korea nih! Kimchi nih adalah makanan tradisi orang Korea dan sangat popular. Sehinggalah depa nih buat muzium untuk kimchi ok! Kita kat sini ada muzium utk makanan? ado?
Yummmy@

peralatan lama nak buat kimci
Kat Malaysia kita takdepun nak buat muzium   lemang ker muzium rendang ker? kan?  tapi Insyallah infuture mana tau ada muzium makanan kat Malaysia! Founder dia cuba korang teka sapa? sapa lagik!Teman lah! hehe tetiber berangankan? dah! sudah, cukup sudah berangan tapi teman nak cerita pasal Kimchi nih dulu.  Kimchi  adalah sayur yang dijeruk dan ia nih  daripada pelbagai jenis sayur dan sayur yang paling popular untuk buat Kimchi adalah sayur kobis Cina. Saya sangat teruja membaca khasiat Kimchi nih kerana ia mengandungi bekteria baik Lactobacilus yang bagus untuk penghadaman usus dan bakteria ini dapat mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser usus. Selain itu Kimchi mengandungi vitamin B1, B2, iron dan serat. Bahan untuk membuat Kimchi adalah menggunakan halia, bawang besar, bawang putih, udang kering, sos ikan garam dan serbuk cili.

Siap tolong suapkan kimci lagik!
Makan Kimci Time!
Ada jenis Kimchi yang putih dan tidak ditambah dengan Cili.  Berbalik kepada cerita Kimchi Field Muzium yang kami pergi nih terletak di  Coex Mall 159, Samseong-dong, Gangnam-gu, Seoul, South Korea   naik subway jer ke Gangnam-Gu   dan muzium nih berada di COEX Convention & Exhibition Center.   Harga masuk korang kena bayar 3000 won lebih kurang 7 ringgit!  Bila ke muzium nih banyak jugak info yang kami dapat dan boleh mengetahui bagaimana proses pembuatan Kimchi. Khasiat yang boleh kita dapat bila kita makan kimchi, makanan apa yang boleh dibuat dengan kimchi dan sebagainya tapi yang paling best teman dapat try makan Kimchi. Kami mencari jugak Muzium Kimchi yang ada memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat kimchi sendiri di Seoul tapi tak jumpa. Sebab katanya ada muzium yang macam gitu tapi takperlah yang penting aku dapat rasa Kimchi Terbaik dari ladang! hehe. Made in Korea lagi tuh! memang sedap u olls. Habis kami kerjakan Kimchi yang disediakan untuk testing. Kami semua melantak tak hingat dunia almaklumlah kami sampai pun dah tengahari! perutpun rasa laparlah. Rupa2nya Kimchi di Korea nih ada jenis yang mengikut musim! ada Kimchi yang dibuat untuk musim panas, luruh, sejuk dan bunga! Yang kimchi musim sejuk tuh rasa dia pedas sikit sebab nak bagi badan berasa panas sebab cili. Maklum lah musim sejuk! Yang untuk musim panas pulak rasa dia kurang pedas! Jika anda nak tau bahan dan bagaimana nak buat Kimchi Boleh klik di sini sebab saya ada mengeshare resipinya disini juga!ok!
Selepas habis lawat The Kimchi Field Museum saya sempat singgah ke exhibition teknologi di bangunan  yang sama. Pameran Exhibition Korea nih mempamerkan teknologi2 terkini Korea ok!  Jalan2lah tengok kejap dalam tuh tapi tetap kena bayar 3000Won bila nak masuk! Takper bayar jer lah! lelap mata jer hehe.Sebab nak tengok teknologi katernya masuk ajalah dan agak teruja jugaklah tengok teknologi2 dari negara Korea nih kan. Takpayah nak citalah dah terbukti u olll!

Inilah bahananya pi pameran lepas pi muzium kimci azli+kimcilah jadinya! hehe



teknologi nih aku tengok orang leh masuk menari dengan artis antarabangsa!
Selepas dah habis pusing kat pameran teknologi, its time to us cabut buntut ke Jeju Island! Yeayyyy! Apalagi terus lah kami ke Gimpo Airport tapi kena ambik beg dulu kat stesen yang berhampiran airport sebab kami simpan beg kami kat sana masa duk pijalan ke muzium tadi. Hari kedua di Seoul sudah berakhir walaupun kami agak nervest gak pasal dah lambat sampai ker airport! nasib sempat kau BEDAH kalau tak.... Tak present lah paper nanti! haha. Nak tau apa cerita hari ketiga kami di Korea? next siri saya akan ceritakan pengalaman di JEJU ISLAND pulak u olll! Kat jeju island lagi best tau! jadi tunggu je lah KOREA IN LOVE 3 di lain masa ok! See yah!

17 Julai 2012

Korea in Love Part 1

Di Gyeongbokgung Palace.
Di monkey palace di  Gyeongbokgung Palace.
Aduuuhai!!! lama giler teman tak mengupdate blog nih (nih ayat lapuk nak cover sebab malas nak mengupdatekan? hehe). Ada gak yang bagi respon yang dia menjadi pengikut setia blog saya nih jadi nak taknak kena lah saya bagi cerita panas sikit dalam nih hehe!kesian pulak kat orang yang duk memfollow saya asyik baca cerita yang dah basi tuh!  well...Apa kata kali nih saya taknak cita pasal masak2 n resipi boleh? kita cita pasal Korea ok tak? ha mesti korang setuju punyer! hehe.. bkn apa sekarang nih demam K pop kat Malaysia nihkan?! sikit2 K pop! sikit2 Kpop!. Naik mual dibuatnya  hehe. FYI saya nih bukan lah fanatik Kpop sebenarnya tapi entah macamana 2 minggu lepas saya berkesempatan untuk membentangkan hasil penulisan saya bersama rakan-rakan dari jabatan Akademi Bahasa dan kami telah memilih tempat conferencenya di Jeju Island! yeayyy!!!!.(sebenarnya saja jer aku pilih Korea sebab nak bagi sedara mara dan kawan2 jeles hehe) Korang  yang x pernah pi sana sakit hati tak tau saya dapat pi korea? oh plsss! hehe. Kawan2 saya yang mana giler Retis2 Korea tuh berbulu jer bila tau saya pi korea! Depa siap cakap" Hei kau yang tak minat cita korea n K Pop beria2 pi sana  pesal? n boleh plak  pi dulu dari kitaorang plak tuh? nih apa kes?! hehe. Well  aku pi sana saja nak bagi kau sakit hati  balas saya. Sudah! tak yah bebel banyak sangat sebab  kali nih saya nak cita pasal penyelidikan saya yang saya bentang tuh sikit . Ia ada kena mengena sikitlah dengan kerja saya. Tajuknya 'Perfecting Culinary skills Via Youbetube way'. Saya menghabiskan masa selama 6 hari tau kat Korea! . Tapi percaya lah 6 hari pun tak cukup nak pusing satuu Korea. Banyak tempat menarik kat sana. Agak lama jugaklah kita orang search tempat2 menarik untuk dikunjungi dan oleh kerana tempat present paper kami tuh kat Jeju island maka kami ambik 4 hari di Seoul dan 2 hari di Jeju Island.   Honestly Korea memang negara yang patut korang lawat jika ada duit dan masa ok! Kat sana lawa giler memang tak bohong! baiklah tak payah bazir masa! saya akan cerita kan trip saya dalam post nih dan share gambar kat sana jugak kat u olls supaya u olsss bertambah sakit hati dengan saya hehe. Ada banyak gambar2 lain yang u olls boleh sekodeng di facebook saya juga! Post kali nih saya akan bercerita trip perjalanan kami untuk hari pertama sahaja dulu ok! ha tak best lah kalau cita sampai habis. Kena buat cerita ala2  korea sikit, bagi sambung2 hehe. Dalam nih jugak saya akan share tip2 sikit jika mahu ke sana ok!Tapi sebelum tuh saya nak bagi kata2 pembuka korea dulu salam sejahtera  An nyoung ha seh yo iaitu hello
Pahlawan kot!
Ramai2 berfoto di depan Istana!

 
 belajar tulis nama dalam bahasa Korea

Sebaik sampai kat Itcheon Airport perkara pertama sekali kena buat adalah ambik peta korea dan map subway kat seoul di kaunter penerangan sebab kalau takde peta korang akan lost mengelost nanti. Syarat dia korang nih bukan lah buta baca peta. Tengok jer peta tuh tau lah nak pi mana. Transportation dfia memang A lah! Yang bagus lagi kat peta tuh siap ada tempat2 yang boleh korang pi lawat ok! Keduanya kena beli T money! Dia nih adalah macam card yang boleh anda guna untuk menaiki subway dan bas diorang. boelh reload kalau dah berkurang . kami dah siap reload 10000 Won kat dalam tuh kira2 dalam RM 26.50. Daripada airport ada dua jenis ketapi komuter diorang satu yang express dan satu lagi lambat sebab banyak stesen nak berenti. Saya nasihatkan naik yang express iaitu AREX nama ketapi tuh. Jangan jadi macam kami naik ketapi yang banyak stesen tuh. Apoalah sebab silap naik tren lambatlah sampai. Sebaik sampai kat Hongik Univetrsity iaitu nama kawasantuh kami menginap kat guesthouse nama dia Namu Guesthouse. So lepas letak jer barang kami terus memanjangkan kaki untuk merayap kat kota seoul jadi temopat pertama yang kami kunjung adalah Gyeongbokgung Palace. Ini adalah Istana raja yang lama yang masih dipelihara untuk pengunjung.

Namaku dalam bahasa koerea
Istana nih memang besar. Anda akan terkejut kerana dalam istana ada istana tau, kami menghabiskan dalam 2 jam di dalam istana nih sebab besarrrr sangat! lenguh kaki pusing dalam. View Istana nih sangat cantik  kat dalam dia. Yang istimewanya dalam nih siap ada tempat gundek raja yang ramai ok! yang paling best anda boleh cuba baju tradisi raja dan permaisuri Korea untuk bergambar dan saya nasihatkan anda cari tempat nih dulu sebab bila anda sampai anda kena tunggu 100 minit sebab orang ramai sangat beratur. Jadi bila anda dah letak nama siap2 bolehlah anda jalan2 pusing2 dulu then masa boleh jimat sikit. Masuk dalam Istana nih kena bayar 3000 won. Kemudian kami pi ke The Story of King Sejong Exhibition Hall uniknya muzium nih adalah terletak di bawah tanah ok! tempat nih memaparkan sumbangan raja dalam pelbagai bidang seperti alphabet korea, politik, sains dan sebagainya. Hall ini sangat2 dekat dengan  Gyeongbokgung Palace tadi jalan kaki 5 minit jer dah sampai! menarik lagi dalam nih dia ada 4D wayang yang memaparkan sejarah Raja ini  selain itu anda juga berpeluang membuat aktiviti seperti mennulis nama anda dalam bahasa Korea sementara menunggu untuk menonton wayang 4D tadi.
The Story of King Sejong Exhibition Hall 

Tunjuk ajar ku sifu!
Kami telah selesai melawat dua tempat dan pulang dengan keletihan yang amat2 sangat weii!. Malam apa lagi aktiviti ngap nagp ngap lah lah. Oleh kerana kami ada bawak bekal dari Malaysia seperti Maggi, Pasta, sardin dan sup!  Bukan tuh aja ,Ada lagi macam2 tau, cam serunding, sambal tempe dan kerepek oun kamai bawak hehe. Maklum lah makan kat koreakan mahal dan susah nak dapat halal jadi kami masaklah kat guest house nih sebab ada disediakan peralatan  masak dalam nih. Yang penting bawak sabun samak sebab nak samak periuk belanga dulu sebelum masak ok. Yelah takut pulak kang ada guest2 lain yang masak daging oink oink sebelum2 nih plak kan? Tak ker tuh haram nama nya? ha sapa nak jawab? takan orang korea tuh nak jawabkan? hehe. selepas makan malam pulak kami ambik kesempatan pi marayap di kawasan berhampiran Hongik Unirvesity untuk melihat nite life seoul macamnaa! walaupun penat katanya! hehe, Ya ampunnn!!...  hevoc mevoc diorang nih, sakan berhibur  diwaktu malam! 
Street performance mereka
Street performance jugak ramai orag!

Hiburan K Pop tepi2 jalan jer tapi ramai orang! Dressing plak macam fashion show kau! diorang dressing memang kelas! kitorang cam tgk pertunjukan fesyen sambil berhibur malam tuh! Lagi yang best nak tau apa dia? Orang dia cantik2 dan jambu2 kau! kulit gebu lagi. Baik pompuan baik lelaki semua kelas! Bab Teknologi tak payah citalahkan? Ok untuk hari pertama ceritanya dah habis nak tau apa yang kami buat pada hari kedua? Tunggulah tulisan saya nanti2 ok! akan saya war warkan? hehe bersambung!!! hehe